"Kenapa dah berhenti tweet?"
Aku tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni, hidup aku macam serba tak kena. Macam ada masalah yang terselindung, namun aku tetap masih boleh hidu kewujudannya. Tetapi, hijabku tertutup. Aku memang tak nampak apa.
Sampailah satu hari, aku membaca salah satu blog kegemaranku dan dalam post terbaru nukilan penulisnya, dia menekankan kepentingan menjaga hubungan sesama manusia. Ya, isu ini memang bukanlah satu benda baru untuk diperkatakan, tapi tak tahu kenapa, aku terdetik hati untuk membaca dari perenggan pertama sehingga ke noktah terakhir. Khusyuk, aku fahami setiap bait-bait kata yang disusun oleh penulis tersebut.
Bergenang mata.
Tak disangkal, laman sosial zaman kini boleh memberi impak yang besar dalam hubungan sesama manusia di dunia realiti, dan malangnya majoriti daripada kita menjadikannya sebagai satu platform alternatif untuk mengutarakan pendapat peribadi yang kebiasaannya berbaur negatif (cemuhan/kutukan/fitnah) rather than just speaking it loud in reality, face to face to the desired target(s). Dan aku lihat, Twitter ialah antara landasan yang paling mudah disalahgunakan oleh pengguna-penggunanya hari ini.
Hari panas. Tweet mengeluh.
Jadual padat. Tweet penat.
Traffic jam. Tweet marah.
Belum makan. Tweet lapar.
Benci orang. Tweet menghina.
Benci orang. Tweet menyindir.
Benci orang. Tweet mengutuk.
Benci orang. Tweet sinis.
Unmention sana, unmention sini.
Bila bukak Twitter, tweet-tweet sebegini lah yang paling banyak memakan ruang dalam susur masa Twitter itu. Aku tak terkecuali. Sebab tu, aku berhenti gunakan Twitter. Aku nak berhenti dari buat tweet-tweet sebegitu. Selain dari menyebabkan orang lain terasa hati dengan tweet-tweet aku yang wallahi tak ada kaitan langsung dengan mereka. Sebab selalunya, yang dituju tu takkan pernah terasa. Orang lain yang sibuk terluka hati, tersakit hati dengan tweet kita.
Habblumminallah, habbluminannas.
Mungkin selama ini hati aku tak tenang sebab aku tak menjaga hubungan aku dengan Allah, dan obviously aku tak menjaga hubungan sesama manusia baik di alam maya atau realiti. Kerana itulah, aku cuba untuk berhenti menggunakan salah satu laman sosial aku, dan aku pilih Twitter. Aku nampak lebih banyak negativiti disana berbanding tempat lain. Aku bersyukur aku jenis yang memang memilih untuk berkawan dengan sesiapa di laman Facebook ku, aku hanya accept akaun-akaun mereka yang aku betul-betul kenal sahaja. Dan cara aku sekarang, kalau ada seseorang dalam kalangan kawan-kawan Facebook aku yang aku rasa 'tak senang' dengan cara dia, aku terus pilih untuk hide dari news feed. Senang. Tak payah block/unfriend (which is obviously will lead to a more worse case scenario), just hide. Dia pun tak tahu, kita pun dah tak sakit hati baca apa-apa dari dia. At the end of the day, kita yang selamat dari menambah dosa mengutuk/iri hati dengan orang itu :) Twitter takda features macam ni, sebab tu aku pilih untuk menjauhkan diri dari Twitter. Avoiding the timeline is the best decision.
Dan Alhamdulillah, sudah hampir tiga minggu aku tak tweet. Ingatkan susah sangat hidup kalau tak bertweet ni, rupanya hekeleh tak rasa apa-apa pun. But yea aku pun sekarang dah makin rancak di Facebook. Instagram dan Keek penghibur hati sekarang. Instagram senang hati sikit sebab banyak gambar makanan, Keek pulak banyak video baby comel. Facebook dah aman sebab dah hide mereka-mereka yang berpotensi untuk mendatangkan ketidakselesaan dalam diri ini. Alhamdulillah lah, my social network semuanya okay dah sekarang. Clean. Haha (gelak lega)

Buat dosa dengan Allah boleh taubat. Buat dosa sesama manusia, taubat diterima hanya selepas mendapat keredhaan dan kemaafan dari orang yang kita berbuat salah itu. Kalau tak sempat nak minta maaf didunia, terpaksalah merentas lautan manusia di Padang Masyar nanti semata-mata untuk mencari seorang itu. Mungkin ramai yang terasa hati dengan kata-kata aku selama ni, maka aku nak minta maaf sungguh-sungguh kepada mereka-mereka yang terlibat itu. Mungkin ada yang terasa dengan penulisan aku di blog ini selama ni, aku juga mahu mohon maaf atas kekhilafan diri ini.
Nak delete blog, memang takkan lah. Dah beberapa kali cuba, tapi tetap datang kembali hehe :)